1. Mempunyai tahap kesedaran yang tinggi. Hanya kesedaran sahaja yang boleh mengubah sikap manusia. Kesedaran yang tinggi dapat membina keyakinan bahawa anda mampu untuk berubah atau mampu melakukan sesuatu perkara yang sukar.
2. Hati hendaklah benar-benar ikhlas kepada Allah agar dapat memberikan sepenuh komitmen dan bersungguh-sungguh terhadap kerja-kerja yang dibuat.
3. Yakin dengan pemberian Allah dan tidak mengharapkan sebarang ganjaran daripada manusia.
4. Sentiasa bersikap sederhana dan merendah diri (Tawadhu'). Tidak terlalu agresif dengan kerja yang dibuat dan tidak pula terlalu defensif atau lembab (bila disuruh atau diingatkan sahaja baru mahu buat).
5. Berserah sepenuh jiwa dan raga kepada Allah. (Tawakkal)
6. Meninggalkan segala perkara sia-sia yang tidak ada kena-mengena dengan matlamat hidup dan tugas sebenar.
7. Meninggalkan segala maksiat (penderhakaan) kepada Allah dan kembali taat kepada perintah Allah.
Dengan beberapa panduan di atas, Insya Allah kita akan dapat terus beristiqamah dan konsisten dengan setiap kerja yang ingin kita lakukan.
Firman Allah SWT:
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ
"Lalu apabila engkau telah berazam maka berserahlah kepada Allah"
- Ali Imran (3): 159
Firman Allah SWT:
فَٱسْتَقِمْ كَمَآ أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا۟ ۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
"Maka, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap beristiqamah di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang bertaubat mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan."
- Hud (11): 112
Dinyatakan di dalam Tafsir Jami'ul Bayan oleh Imam At-Tabari (wafat 310H) bahawa diriwayatkan oleh Ibnu 'Uyainah akan maksud istiqamah dan melampaui batas daripada ayat di atas adalah sebagaimana berikut:
وكان ابن عيـينة يقول فـي معنى قوله: { فـاسْتَقِمْ كمَا أُمِرْتَ } ما
حدثنـي الـمثنى، قال: ثنا إسحاق، قال: ثنا عبد الله بن الزبـير، عن سفـيان فـي قوله: { فـاسْتَقِمْ كمَا أُمِرْتَ } قال: استقم علـى القرآن.
حدثنـي يونس، قال: أخبرنا ابن وهب، قال: قال ابن زيد، فـي قوله: { وَلا تَطْغَوْا } قال: الطغيان: خلاف الله وركوب معصيته ذلك الطغيان.
Istiqamah di dalam ayat di atas bermaksud: "Beristiqamahlah di atas landasan Al-Qur'an." Manakala melampaui batas daripada ayat di atas pula bermaksud: "Menyalahi perintah Allah dan menunggang penderhakaan terhadap-Nya."
Berdasarkan ayat 112 Surah Hud di atas, maka jelaslah kepada kita bahawa jika kita ingin beristiqamah, perkara pertama yang kita kena lakukan ialah bertaubat iaitu kembali kepada Allah dan meninggalkan segala maksiat (penderhakaan) serta perkara-perkara yang menyalahi kehendak Allah. Barulah Allah akan menganugerahkan kita nikmat istiqamah di atas jalan-Nya.
Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment